Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Dugaan

aku MC from today till 5th April...
bukan mintak nak kena tp 4 sure akan kena bcoz tak penah kena b4 this...
yaaa aku kena Chicken Pox ok!
dah tua2 baru nak kena.. nak buat mcmane.. ujian Allah tu nak bagi..
last 2 week both kids kena kan.. now ni mak dorg plak berjangkit..
try to tanye hosp kalau ade protection.. but they all cakap just for kids.. for org2 tua ni takde...

so.. redha saja lah...

Thursday, November 3, 2011

ala2 back tak back jugak la...

hai korang... bersua kembali di blog yang hidup segan mati tak mahu ni..:P lama dah tak berblog.. mak sebok twitter kot.. ahaksss... kasi up dulu our family latest pic.. ni time raya.. sempat gak la amik gamba berempat dalam dok sebok2 nak pi hospital...

aku ni since september sebok bcoz mama asyik keluar masuk hospital aje... dia kena operation spinal cord dia.. kira major operation la jugak.. sementara nak baik, mmg asyik keluar masuk hospital... time tu we all sefamily mmg tak senang duduk la.. sangat2 risau dengan keadaan mama..

now Alhamdulillah nampak dia makin ok.. we all sefamily happy tengok dia... cuma dia still jalan tu kena pkai tongkat la.. kaki xbrape nak kuat lagi...

kalau u all nak tau, raya lepas memang we all beraya di hospital je.. tp dah biase pon bcoz this is our 2nd time beraya di hospital.. the 1st time is 2 yrs ago..

since aku pon dah kering idea, meh la nak share sket2 gamba untuk u all belek2.. mane tau kot ade yang rhindu nak nengok.. hahahahaha...

1 day b4 mama operation. 1st day raya... time ni dia mmg menahan sakit. bayangkan dah 3 month tidur duduk aje.. bila baring sakit..



ni after 3 day lepas keluar ICU. tgh dok sykpe dengan adik dia kat US nun..


ni la tempat yang doc belah tu... sepanjang2 belakang tu...


ni after 2 weeks mama... baru nak start jalan sket2..

-
-
-
-
-
-
-
-

ni we all berkumpul mase 1st raya kat hospital. bilik tu jadi meriah sgt... heheheh

since aku teman mama kat hospital, my SIL yg masak sume ni..

ni pon my SIL buat...


budak berdua ni... pakai bj n seluar yang nenek bagi...


Sunday, July 3, 2011

Punca Sakit Kaki

TQ to my tukang komen Armouris sebab bagi aku info pasal benda ni... jom aku nak share kat korang plak...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda seorang kaki 'shopping' dan mampu berdiri dan berjalan berjam-jam lamanya? Jika ya, sememangnya kaki anda merupakan anugerah yang paling berharga. Namun begitu, lama-kelamaan kaki anda akan hilang kekuatannya, sama ada dimamah usia atau tidak dijaga kesihatannya. Berapa jauh dan lamanya kita berdiri dan berjalan boleh juga memberikan kesan terhadap kesihatan kaki kita terutama jika kita telah mempunyai sejarah kesakitan kaki sebelum ini seperti pernah terseliuh atau patah.


Anda boleh mengalami kesakitan kaki di bahagian tapak kaki belakang atau dikenali plantar fasciitis, di bahagian depan kaki (metatarsalgia) atau sakit kaki yang menjalar hingga ke bahagian betis atau kaki hadapan anda atau dikenalishin splint.

Faktor Sakit

Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit kaki seperti :

* Bentuk kaki yang leper dan rendah lengkungan bahagian dalam kaki atau dikenali Pes Planus

* Bentuk kaki yang mempunyai lengkungan dalam yang tinggi yang dikenali sebagai Pes Cavus

* Pemilihan kasut yang tidak betul seperti tiada penyokong lengkungan tapak kaki atau bertumit tinggi

* Selepas kecederaan seperti patah atau terseliuh

* Berat badan yang berlebihan seperti mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 kilogram meter persegi (kg/m2)

* Melakukan aktiviti di tempat yang keras tanpa kasut yang sesuai seperti melakukan joging di jalan berturap tar dengan memakai kasut sukan taekwando

Cara Mengatasi

Bagi mengatasi sakit kaki, anda perlu mengetahui faktor-faktor penyebab sakit kaki terlebih dahulu dan cara bagaimana anda dapat mengatasinya dengan :

# Kekalkan berat badan dengan pemantauan BMI normal sekitar 18.5 hingga 25 kg/m2

# Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau sekurang-kurangnya tumit kasut tidak melebihi 1 inci

# Memilih kasut yang sesuai mengikut aktiviti fizikal anda seperti lembut dan fleksibel pada tapak kasut serta mempunyai penyokong di bahagian lengkungan dalam dan lengkungan lintang di hadapan kaki

# Anda perlu memiliki sepasang tapak kasut atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki yang boleh digunapakai pada semua kasut anda jika sekiranya anda telah mempunyai banyak kasut dan tidak ingin membazir dengan membeli kasut lain

# Lakukan senaman kaki mengikut panduan ahli fisioterapi anda dengan senaman regangan plantar fascia dan senaman kekuatan otot kaki

------------------------------------------------------------------------------------------------

aku punye problem is Plantar Fasilitis itu... :) happy ready semua...

Monday, June 27, 2011

Sakit tumit kaki ku.. Againnnn....

tumit kaki aku dah makin kronik sakit dia...
nak pijak sangat lah sakit gilerr...

now doc orthopedic suggest untuk buat injection plasma...
dengar doc cerita mmg ngeri jugak la..
coz kena bius one whole body...
sebabkan dulu operation bersalin pon bius half je... ni sah2 la aku pengsan...

but, i have no choice.. kena buat jugak kalu tak memang akan melarat..
doc siap call tanye bile aku nak buat.. aku je yang tak ready..
now dengan hati yang tabah, at last terpaksa mengalah n dah jupe doc...
aku ckp "saya dah ready la doctor" huhuhu..

doakan sumenye ok n kaki ku dah tak sakit...
no matter how.. berat badan harus dikurangkan jugak...
chaiyok! chaiyok!

Tuesday, September 21, 2010

Afiq & HFMD

hadiah untuk aku yang anak bujang aku bg for bday adalah dia kene HFMD.. huhuhuhu... dugaan sungguh... dia suh mama dia banyak bersabar... kan? kan? aku tau tu...

semalam dah pegi doc tapi tak cnfm HFMD coz takde naik bintik2... just dalam mulut dia ade blister aje...

so, tengahari tadi nak naik mcm bintik2 ala ciken pox.. en. Ajaq ckp ciken pox.. aku ckp HFMD.. kalau ciken pox mesti naik kat badan2 semua.. ni kat badan takde.. just naik kat tapak tangan.. celah2 jari n sket kat tapak kaki.. tp dlm mulut still ade blister tu...

at 1st, doc suruh admitted.. tapi aku refuse coz Afiq still boleh minum.. its just dia takmo minum susu... so, aku bagi fresh milk strawberry.. then bagi yakult.. bg makan ice cream... dia ok.. habis je.. tp Afiq takleh pegi rumah bbsitter.. nak tak nak, En. Ajaq terpaksa la coti... aku sbb coti dah nak nazak...

tapikan, semalam masa aku masak for dinner tu, Afiq makan banyak... habis dia makan oxtail soup.. makan mashed patato n oso lamb grilled tu dia bantai gak.. kek pon habis dia makan...

tapikan biasa la.. sangat la mengada2 merengek menangis bagai... En. Ajaq yang jadi mangsa.. dia sudah tension.. kadang2 tak tau ape benda yang di rengekkan.. nak manja la kot.. pujuk2 pon tak jalan.. mana la tak tension laki aku..

tp kalau bawak naik car, senyap.. suke.. kadang2 buat perangai dah sehat pon ade.. ape la Afiq ni.. apa2 pon mama harap Afiq cepat sembuh.. Amin..:)

Tuesday, July 27, 2010

Dah 2 hari MC

today adalah 2nd day aku MC.. hope sgt2 tomorrow boleh pegi ofis...
semalam MC coz tapak kaki injured hari tu sakit... so rest at home... dalam pada masa yg sama kepala sakit.. then gi jupe doc..

doc check BP mmg tinggi.. aku sangat cuak... then doc advice check darah... after check darah boleh balik n bile2 boleh datang balik tgk result...

memula nak puasa semalam... tapi disebabkan sakit kepala, kena makan jugak... then after lunch kepala rasa lagi pusing... rase mcm nak tumbang pon ada... so, makan ubat then tido.. tapi mata tak bleh nak tutup coz bile tutup akan rasa pusing sgt... so tutup je la mata dengan bantal... ntah bile pon aku tak sedar, aku tido jugak... sampai petang En. Ajaq balik aku still tak boleh bangun...

gagah jugakkan diri bangun nak tgk anak2... but bila bangun je, pusing balik.. dengan loyanya... semua ade la.. then duduk balik kat sofa tampung kepala.. then sudah tak tahan, gi tiolet then semua isi perut lunch tadi habis keluar... mual gila rasa...

tak bleh tahan, mintak En. Ajaq buat air oren coz nak masam2 sket kan.. telan ubat then tido... sampai la tengahari tadi baru ade kekuatan bangun...

gi doc balik dengan hajat nak dengar result darah semalam.. cerita2 dengan doc yang aku still sakit kepala.. doc check BP, tapi BP normal.. tgk result semalam Alhamdulillah sugar ok! BP ! kolestrol ok! kidney jugak ok! nampak la muka doc terkujut coz dia aspect kolestrol aku tinggi.. mentang2 badan chomey... tu yg dia terkujut tu... aku lagi la terkejut.. mmg tak sangka.. but dia advice masih kena jaga... dia rasa aku stress tu pasal aku pening...

nway, stok ubat doc tambah... ask me to rest at home.. hopefully aku sangat segar esok kerana telah 2 hari tido sahaja... :)

Tuesday, July 13, 2010

Plantar Aponeurosis

ini adalah nama scientific bagi sakit kaki ku ini...

aku tunjukkan sket gambaran yang aku google bagi yang tak penah dengar ape la masalah kaki minah ni sebenarnya yang dok asik mengadu sakit....
ingat kan benda ni penah jadi kat aku mase gi teambuilding aritu.... siap lebam bagai... after that mcm sakit2 sket la then hilang sakit.. hilang sakit... time tu aku takleh lupa kuat betul bunyi meletop dia... then terus takleh jalan lansung... lepas dah letak ais, dia jadi lebam...



so, tetiba sakit datang balik then trus doc suggest buat MRI... so resultnya plantar aponeurosis tu koyak teruk... huhuhuhu....

buat masa ni takde ubat, its just pakai cream aje... n kena pakai kasut elok n kurang aktiviti gerak... especially naik tangga...

nak wat camne ek? rumah pon kene naik tangga.. ofis pon kene naik tangga... time tu tahan aje la sakit dia... terpaksa.... huhuhuhu

now aku tengah suffer dari benda alah ini... doakan semoga cepat sembuh... Amin...:)

Saturday, July 10, 2010

Story about my left foot...

saje nak story2 pasal left foot aku ni yang ntah baru2 ni sangat la terasa sakit...

bermula dengan sakit di tumit seperti entry lama yang ni....

dalam dok nak menjaga tumit aku, telah terjadinya benda lain semasa teambuilding yang lepas... boleh rujuk jugak entry ni...

mase tumit sakit dulu, kene pantang pakai high heel... so, pakai je la flat shoes... tetiba baru2 ni sakit yang amat sangat di bahagian yang aku kene mase teambuilding aritu menyebabkan aku tak boleh pulak pakai flat shoe... huhuhuh... kena pakai high heel pulak... aku pon pening gak pikir ni.. camne pulak dalam rumah nak kena pakai high heel???

mmg terasa mcm bengkak kat bawak tapak kaki tu... so, aku decide nak gi jumpa orthopedic specialist balik... then dia suggest buat MRI... so, buat la MRI aku semalam.. sgt bosan betul.. lansung takleh bergerak.. except bernafas sahaja...

then today result dah keluar, doc bgtau my main urat tumit kaki dah koyak... buat masa ni nothing will do with operation.. makan ubat n kena tukar kasut.. doc advise beli kasut Foot Solution.. hmmm.. jadinya bag2 sume harus ditolak tepi dl buat sementara kerana nak bagi laluan beli kasut yang mahal ini... huuuhu...

doc bg pain killer mcm biasa... n oso doc bagi ubat diet... hehehehe... doc suruh jugak turunkan berat badan... MEMANG NAK TURUNKAN PON!!!! HUHUHUHU... TP TAK DISPLIN LANSUNG... WAAAAAAAAAAAA.......

itu sahaja yang boleh menyembuhkan kaki ku ini...

Saturday, April 24, 2010

Misi pem'bawa'kan Afiq ke hospital...

Masalah anak bujang aku skang ni batuk yang sangat kerap.. but bukan la keep on batuk.. tapi kekadang2 tu bunyi batuk tu ada la... batuk dia dah nak dekat 1 month dah...

so, b4 ni dah 2 kali we all bawak dia ke Child Specialist.. 1st pegi mase dia demam.. then doc dah bag antibiotic n berbagai2 ubat lah... then after 5 days demam dah ok but batuk still.. so, we all bawak balik gi specialist.. pead ni doc baru kat Al-Islam Hospital tu.. doc lama dah berhenti coz nak mengajar... tetapi, cara doc baru ni cakap membuatkan aku sesangat tak confident...

bila aku ckp Afiq batuk.. dia boleh cakap.." alah... ni mcm org ckp batuk org2 tua tu la.. batuk 100 hari.., at last dia akan hilang sendiri".. then aku ckp "tp doc masalahnya dia bukan org tua.. dia budak2.." tp doc cakap jangan risau coz Afiq ok... adakah begitu ckp seorang doc yang pro??? sangat la aku tak puas hati.. even 1 ubat pon dia tak bagi u all.. balik tangan kosong je...

then after 1 week, aku bincang2 dgn En. Ajaq nak buat 2nd opinion doc.. pilih punya pilih n setelah tanya kengkawan, ramai suggest gi APSH...

so, terjadilah perjumpaan kami di APSH semalam.. aku terpaksa la apply leave... appointment dengan Dr. Nasir... Alhamdulillah semua berjalan lancar... at 1st doc advice suh admit.. bcoz doc ckp even kalau dalam family takde asthma, kalau kerap sgt batuk pon boleh terjadinya asthma.. tp setelah nego2 dengan doc, dia suh we all bawak Afiq 3 kali sehari for 3 days untuk ambil gas.. so, we all setuju... so, after 1 week jumpe doc balik... hopefully 2nd appointment, Afiq ok dari batuk.. kalau tak, setiap kali batuk je, mmg la risau... huhuhuhu...

Amin...:)

Tuesday, April 6, 2010

Cerita caca marba...

banyak benda nak tulis.. but aku tulis all in one aje la ye...

Alhamdulillah, kaki ke beransur pulih.. but, takleh nak banyak2 berjalan coz lama2 akan sakit... so, MC's for 5 hari udah pon habis... i'm start working yesterday...

tapinya pulak, terpaksa EL pagi... coz Afiq pulak tak sehat.. akceli since thursday Afiq demam n dah bawak ke hospital pon jumpe MO aje.. MO dah bg ubat n antibiotic bagai.. weekend dia baik.. siap dah bawak berjalan.. then start Ahad malam dia panas balik... so, semalam terus bawak jumpe specialist... buat blood test skali..

doc ckp tekak ok.. takde tionsil.. blood ok clear n dia tak proceed with denggi test.. just viral fever je.. n ade bronkitis early stage.. sebab dia batuk.. tapi la kan, anak bujang aku very the active.. makan habis dia bedal.. minum pon same.. takde yang tak lalu.. semua lalu... huuhuhu..

so, doc bg ubat jugak plus antibiotic yang kene makan just for 3 days aje... n ubat for astma / lelah.. so, after 1 time makan ubat asthma tu, terus batuk Afiq hilang.. Alhamdulillah.. no batuk2 at nite lagi... but demam still ade.. on n off.. active masih lagi sama... bbsitter ckp agaknya dia demam coz nak masuk 2 tahun kot??? mcmtu la kata org2 tua...

so, aku plak today until thursday ade course (makan-makan).. hamppir 2 weeks tak masuk ofis.. 4 sure tunggang langgang keje aku org nak tolong...

hopefully anak bujang aku cepat sembuh... aku sgt pening kepala kalau budak2 tak sehat ni... n also risau...

Wednesday, January 20, 2010

Akhirnya terbuka jua...

ni la cerita basi last Monday.. tapi nak cite2 gak kat korang...
Last Monday aku puasa... dengan cekal hatinya tak bersahur n niat n berdoa jgn la siang hari penat n lapar..

so, siang hari tu ok.. tak penat n tak lapar...
tapi bila sampai kul 2 tu kepala aku dah mcm ada benda menghempap2.. sakit ya amat sekali... aku tabah kan hati.. gagah puasa lagi... cuba tak nak layan...

tapi makin lama makin kuat sakitnya.. siap migrain bagai...
so, petang tu rehat lewat suh la pakar2 urut kat ofis tu tolong urut.. aku tak sendawa.. tapi dorang over sendawa bley???? so, baring dengan harapan after urut n tido tu hilang...

lepas bangun n nak continue keje, sakit kepala tak hilang.. dengan mualnya.. pusingnya...
sudahnya aku ckp dengan staff aku, stock take petang tu cancel..

aku nak balik... pikir balik camne nak drive ni dengan kepala sakit.. siap menumbuk2 lagi kepala mase drive.. akibat tak tahan sangat, kul 6.49pm aku berbuka.. sebab nak kene makan coz nak telan ubat... but lepas dah jamah sket keropok, sesampai nak ambik kids kat umah bbsitter aku dah uwek2... belum keluar lagi ye kengkawan... (En. Ajaq ade event plak malam tu.. huhuhu..)

sampai rumah, sib la adik aku ade.. aku suh dia tlg tgk budak2.. aku masuk toilet, terus la mengeluarkan isi perut yang kosong... lega giler masa tu...

then telan ubat, aku tido.. aku pon tak tau ape berlaku pada anak2 aku.. yg aku tau dorang selamat disamping Pak Uda dorang... takde bising2 pon.. Alhamdulillah.. dorang tau mama dia tak sehat... siap Pak Uda suap makan lagi...

pikir2 balik, sayangnye buka alang2 dah kul 6.49pm.. tapi apakan daya.. tak tahan... :(

Wednesday, December 9, 2009

hospitalization..

mak aku admitted to APSH tengahari tadi..
Doc nak 'kikis' tapak kaki mak aku yang ade kulit keras tu.. Aku tak reti nak explain la u all.. Hope u all leh paham apa yg aku ckp ni.. Hehehe...

selagi kulit keras tu menutup luka tapak kaki mak aku, selagi tu lah letak ubat hape pon takkan baik coz ubat tu tak meresap ke dalam..

Akceli tak perlu warded.. Just day ward je tapi doc suh masuk ward jugak.. Suruh berehat katanya..

Biasala.. Itu lah bisnes.. Kalu tak warded, tak dpt pulak duit.. Sib la company bapak aku yg tanggung..

so, minor operation tu akan dibuat esok.. Hopefully kaki mak aku cpt baik n sembuh seperti sediakala... Kesabaran dia tu buat aku rasa tabik sgt2..

Doakan semoga operation esok tak memberi kesan sakit2 lain kat mak aku.. amin... :)

Monday, December 7, 2009

Happy 5th B'day Madiha & aku pulak "MC"........

giler penat semalam... Takleh nak digambarkan.. Semalam anak dara aku sudah 5 tahun.. We made a celebration for her kat our hse at Keramat...

Party diraikan oleh families, atok, nenek, uncles, aunties, cousins n close frens...

thanks 4 those yang datang n thanks oso 4 the presents... Anak dara n maknya sgt suke.. Hehehe...

tp akibat party semalam, aku sudah MC ini hari.. kaki kiri ku sangat la cramp dari tapak kaki hingga lah ke pangkal peha.. jalan pon dah tak betol... n aku tak tau aku angkat ape semalam menyebabkan area pinggang kiri aku mcm tersalah urat... nak bongkok pon dah tak boleh.. haiyoo....

so, gamba di hari partay takde.. kene tunggu dari our pro photog of the day... cuma gamba time bukak hadiah aje yang ade... sila lah menjamu mata..:)

Monday, November 9, 2009

Ape la nasib hari ni...

As usual nak bangun pagi nak gi keje, kaki aku cramp bagai nak gile.. cramp sampai ke paha..
ah sudahhh.. camno nak gi keje nih???? dok berpikior jugak.. dah la staff aku sorang cuti.. kalau aku cuti, maknanya tinggal la sorang..
tapi kan, asyik nak pikior orang je.. aku yang punah...
aku ckp ngan En. Ajaq, aku takleh nak pi keje.. kaki aku sakit gile...

ingat nak gi jugak jupe Orthopedic Specialist hari ni.. then terus sms nurse doc tu.. dia ckp doc ok n doc free sampai kul 10 am..

aku gagah pi jumpe doc then cara terbaik, doc kene bagi injection jugak kat tumit kaki aku.. masalah dari dulu tak selesai2 la pulak.. doc naik pening... siap dia nak keluarkan surat nak bg boss n infm aku takleh buat keje yang byk berjalan2.. boleh gitu???

aku taknak.. kalau bagi surat, habis la performance aku kang.. mane nak dapat bonus banyak? hahahha....

so, hasilnya, seperti gamba di bawah... harapnya akan sembuh n berkekalan.. Amin... :)

note : sila abaikan tumit kakiku yang kotor dengan darah lagi kering itu ya.. :)

Sunday, September 20, 2009

Ucapan raye..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf kalu ada silap & salah sepanjang aku menulis blog ini..
kekadang tu bile menulis tak hengat takyt terguris hati dan perasaan orang lain..

dari kami sefamily,
Diana, En. Ajaq, Diha & Afiq


note: this year we all sambut dlm keadaan yang tak brape ok.. my mum still in the hospital.. dia belum recover lg.. so, we all beraya di APSH this year.. all adik2 aku sume berkumpul di rumah aku di Keramat..
aku harap mak aku cepat sembuh.. sedey tgk keadaan dia sakit tu..

Wednesday, September 16, 2009

Hari ni kan...

anak bujang aku masuk 1 thn 5 bln..
Alhamdulillah..
dah semakin cerdik aku tengok n dah faham apa yg kite ckp..
aku rase perkembangan anak bujang aku ni cepat sket dari Diha.. nape ek?
aku berharap Afiq dapat membesar dgn jayanya seperti yg mak dia hajati.. Amin..

update sket pasal mak aku:
tadi we all berbuka di APSH.. nampak mak aku segar sket dari semalam.. semalam memang nampak weak sgt2.. hari ni mkn pon dah nk lalu.. dah boleh main2 dgn anak2 aku..itu yg aku harap sgt2.. aku bwk cucu dia, supaya dia nampak bertenaga sket.. takde la murung n terbaring je.. since dia diabetes, kidney dia da effect same.. sekarang tahap makin merosot.. doc suggest utk dialisis..

ada sape2 penah experience pasal dialisis? boleh share..aku nk kutip info jugak besides info from doctor..

Monday, September 14, 2009

Cepat la sembuh... Amin...

Korang... mama aku admited to APSH lagi this morning due to her infection kat kaki dia..
last 2 week admited to benda yang sama.. then dah discharge..
semalam dia rase seram sejuk pulak...
so, pagi tadi tanpa berlengah, bapak aku terus bawak dia ke APSH..

aku pon tgh pening ni.. doc diabetes kata pasal kaki dia.. infection kat kaki menyebabkan sugar mak aku naik.. then demam n sebagainya...

but doc kaki ckp takde pape.. kaki mak aku aku.. ntah mane 1 betul..
but aku percaya sebab kaki dia jugak..
sebab mak aku b4 ni bile kaki dah nak baik, rajin pulak dia pi masjid berbuka sampai moreh...
kuman kan... benda nak baik jadinya lain pulak..

aku berharap sangat mak aku cepat sembuh n bleh discharge b4 raya.. kang tak pasal2 we all beraya kat APSH lak this year..

tolong doakan sama mama aku cepat sembuh ye kengkawan.. risau betul aku.. segala benda nak buat mcm tak jadi je.. tak jadi keje la kalau ingat mak kite tak sehat ni... :(

akceli ade entry Gathering + Buka Puasa semalam yang aku nak hupdate.. tapi aku bg laluan ni dulu...

Thursday, July 23, 2009

EL @ MC????

Di kala ni, aku kat rumah...
nak kate EL pon tak cnfm.. MC pon tak cnfm...
bangun pagi tadi nak gi keje, terasa kepala aku pusing bagai nak gile.. bile bangun nak jalan, rase nak tumbang... bukak mata rase satu mcm pusing... nak muntah pon ade... isk!
terus aku tumbangkan badan aku kat katil balik..
aku bgtau laki aku, aku takleh nak pi keje n suh dia anta budak2 pi bbsitter...

kul 6pg dah sms bos bgtau tak dpt dtg keje.. telan actifast 2 bijik then tido...

dlm pada aku tido tu, call berdering2 n sms berbunyi2 mintak jawap but tak terdaya nak angkat..

sudahnya kul 2.30pm tadi aku gagah bangun jugak.. mandi n lunch sket.. tapi pusing masih tak hilang.. telan lagi 2 bijik actifast n sehingga sekarang tak pon hilang...

dikala aku menaip entry ni, dgn tgn satu menongkat kepala takut jatuh n sambil memicit2 tengkuk n dahi.. then minyak balm ready kat sebelah laptop ni... jenuh aku lumur 1 kepala n tengkuk... huhuhuu...

aku tunggu laki aku balik jap lagi, nak suh bawak pi klinik.. mau mintak ubat pain killer lagi kuat...

Thursday, July 9, 2009

When i saw the doctor....


aku dah jumpe orthopedic specialist tadi..

solution dia, doc bagi 3 injection.. 1 kat tumit n 2 kat tepi tumit..

injection itu sgt sakit ye tuan puan..

ubat tu kena dicucuk sampai terkena sket kat urat or tulang, then baru la menjadi..

aku ala2 menjerit kecil n berpeluh la menahan sakit tadi...


tapi alhamdulillah, sakit dah kurang... aku dah leh memijak menggunakan tumit seperti biasa..

doc ckp, benda mcmani jadi coz aku byk bergerak @ berjalan...

advice aku suh tukar kerje yg tak byk berjalan.. suke je doc ni... sib baik doc hensem.. ahakss...

melampau la pulak keje duduk je memanjang.. lagi membesarkan badan la aku...


dok advice jugak suruh kurus sket.. :P

but sakit mcmni, bukan saja org gemuks saja kene.. org kurus juga tak lepas dari kene.. hehehe..

hati2 ye yang suka berjalan itu...


next appointment lagi 1 week + buat fisio skali... :)

Monday, July 6, 2009

Apa kena la tumit aku ni???

tumit aku sakit balik...
sakit dia mcm ala2 entry yang ini..

sehingga kini sakit nak mampus bile memijak..
especially bile aku bangun pagi.. sakit nye teramat la sgt.. sampai aku kene jalan berjengket2.. huhuhu...

but bile pakai high heels tak plak sakit..
bile pijak direct tu lantai yg sakit...
bile la aku dpt berjumpa orthopedic ni?????
sakit laaa..... :(