Tuesday, January 25, 2011

Sharing is caring - Resepi Sup Ikan Merah

resepi ini direquest oleh seorang kawan yang tgh dok sarat pegnan... kunun2 dia boleh buat idea lauk dalam pantang.. dah alang2 aku menaip kat fesbuk ni, aku share skali kat blog...

sila abaikan lauk telur disebelah ye.. nak menunjukkan camne rupa sahsiah sup ikan.. tengok hat belah kanan tu... :)


the very simple resepi... boleh la try kalau mahu... tapi ni resepi aku masak utk makan family we all je ye... kalau nak banyak, korang bajet2 la sendiri..

Bahan dia :
2 ketul ikan merah - basuh bersih dgn asam garam semua ye...
1 ulas bawang besar medium size (kat rumah memang takde bawang kecik @ merah) - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 cm halia - hiris halus
3 cawan air - anggaran
2 biji kentang - potong dadu
1 batang karot - potong dadu
half cube ciken stok
8 @ 9 biji lada hitam
1 sudu kecik rempah sup
garam
minyak

cara2 dia:
1. panaskan minyak
2. tumis bawang merah, putih n halia sampai garing
3. masukkan air
4. agak2 mendidih masuk kentang n karot
5. masukkan ciken cube n rempah sup
6. agak2 kentang n karot tu empuk, baru masuk ikan
7. perasakan dgn garam.. then masukkan lada hitam
8. dah ok sume.. boleh angkat...

ok.. selamat mencuba... :D



No comments: