Sunday, January 24, 2010

Tak puas hati betul la...

Orang kata tak baik kan ungkit2 pasal rezeki...
rezeki yang aku maksud kan adalah makanan... bukan nak ungkit tapi nak melepaskan rasa tak puas hati je..

semalam class aku dari pagi sampai la petang.. ada 2 kelas.. 9 t0 12.. 2 to 6...
so, break between 12 to 2 tu aku suh En. Ajaq bawak aku gi lunch...
malas nak gi jauh2, makan la kat gerai2 dekat ngan UTM tu..
pulak tu gerai tu mmg tak penah la we all jejak b4 ni..

sebab nampak org ramai, jadi we all pon pi la makan situ.. coz orang kata kalau kedai tu ramai, mesti la lauknya sedap.. ye tak???

hmmm.. jauh panggang dari api.. aku amik lauk ayam goreng, sayur n sekor sotong bersaiz dlm 3 inci.. En. Ajaq lauk ikan percik n tempe ikan bilis goreng sambal, Diha pulak ikan n telur dadar.. Afiq lauk 2 ketul carrot n seketul kentang kecik.. air tiga2 amik teh o ais..

skali kene 22 hinggit... berfikir aku kejap... dah la aku ade amik kuah asam pedas je.. asam pedas tak rupa asam pedas... ayam goreng tawar.. segalanya la tak sedap.. tak penah la aku makan tak abis... mcm tak caya je..

maybe tuan kedai tu perasan kedai dia lauk2 sangat sedap kot.. aku don't mind bayar mahal kalau benda sedap.. ini bukan nak bg org makan, just nak suka2 berniaga then dapat duit.. tak ikhlas namanya tu...

aku sangat geram dengan lunch hari ini.. bayaran yg sgt membazir aku rasakan.. dah la makan tak abis.. :(

4 comments:

ABH said...

dia pakai 'pelaris' kot?

N A N I E said...

Orang takde pilihan kot?

Diana Sulaiman said...

ABH - entah la ek? tu la pasal lain mcm je ramai dia...

nanie - maybe la kot.. coz kedai sebelah tu tak jual nasi berlauk..

Snowwhite Zone said...

tempe? my feveret la... nak sikit!