Wednesday, November 25, 2009

Warkah Untuk Ibu

wah..wah... tajuk blog ala2 je... ape hal la pulak kena dengan penulis blog ni ek???

korang ingat tak entry ni??

haaa... principal Diha bgtau yang drama tu akan ditayangkan di TV9 this Monday... time 9.30pm.. mari lah sama2 kite tengok.. dah la aku pon jarang2 skali bukak TV9... harus la kali ini bukak TV9 sebab nak lihat anak dara berlakon walaupon nampak punggung sahaja kot... heheheh... kalau tak punggung, sipi sipi pon jadi lah.... hahahahha...

ni, aku google... carik2 ade sinopsis dia..

WARKAH UNTUK IBU 30 Nov 2009, 9.30 mlm -11.30 mlm

Sebuah drama mengisahkan tentang seorang bapa yang cuba untuk menjadi seorang ibu setelah kematian isteri di dalam satu kemalangan berhadapan dengan dugaan dan cabaran membesarkan anak-anaknya. Sejak kematian isteri tercinta, Nordin telah tidak menyambut Hari Raya Haji hamper lima tahun. Anak-anaknya mulai memendam perasaan.
Malah Nordin sentiasa sibuk dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak. Bagi Nordin, itulah pengorbanannya terhadap anak-anak supaya mereka hidup dalam penuh keselesaan. Suatu malam Nordin begitu terkejut kerana anak-anaknya tiada di rumah. Apabila masuk ke bilik mereka, Nordin sedih membaca surat yang ditulis oleh anak-anaknya.
Apabila membaca luahan anak-anaknya barulah Nordin sedar kesilapannya kerana memahami perasaan mereka dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh mereka terhadap bapa tersayang mereka.


Pelakon : Rusdi Ramli, Ahmad Ezzarin Loy, Farhana Qisrina, Ridhuan Hashim

from http://mstar.com.my/.

3 comments:

ZakiahAyop said...

dena.. tv9 ade streaming tak?? aku nak tgk gak.. ngeeee...

Diana Sulaiman said...

aku rase ade la zack.. mcm tv3 jugak.. ko cuba la nanti...

N A N I E said...

Alahai so cute Diha =)..Mesti meletop citer neh