aku tertarik kat entry yang tuan punya blog tulis pasal topik ini..
jadi aku nak gak menjawap soalan2 itu...
Bagaimana menyambut Hari Tidak Berbelanja?
Ø Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi;
semestinya... minum air kosong saje...
Ø Bawa bekal untuk makanan tengah hari / snek ke pejabat atau sekolah;
alamak!! dah selamat aku beli roti kat bakery KLCC tadi... :P
Ø Makan di rumah anda daripada keluar untuk membeli makanan atau memesan makanan dari luar;
saya tak makan malam sekarang...
Ø Berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam, dan bukannya memandu kereta;
gagal lagi... sah2 aku drive pi keje...
Ø Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengurangkan pembaziran bahan api;
dah tentu.. rancang utk pergi n balik keje saja...
Ø Meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan bermain permainan dalaman / melakukan aktiviti lasak;
lasak? hehhehe... aku bersama keluarga sekarang di rumah...
Ø Pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku;
lama dah tak jejak kaki ke library...
Ø Membuat satu senarai bahan-bahan mentah yang terdapat di rumah anda yang boleh dikitar semula atau mengubahnya menjadi sesuatu yang baru;
Ø Memasak sesuatu masakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda;
saya tak masak.. sebab tak makan malam... :)
Ø Membuat kad atau hadiah sendiri untuk diberikan kepada insan yang tersayang;
Ø Berkebun;
balik keje pon dah malam, berkebun hapenye...
Ø Tinggalkan semua wang, kad bank dan kad kredit anda di rumah;
pulak.... abis kalau naik pengangkutan awam, bukan pakai duit ke?
Ø Jauhkan diri anda daripada kedai-kedai;
saya dah selamat ke KLCC tengahari tadi... tapi masih selamat tak menabur duit di kedai2... kecuali bakery saje...
Ø Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada di rumah untuk mengelakkan membeli barangan yang sama apabila anda pergi membeli-belah kelak;
Ø Menyebarkan mesej dengan memberitahu kawan-kawan anda di pejabat atau sekolah, tulis di blog anda, menghantar sms atau e-mel kepada mereka;
baru nak sebar ni... hasil idea Cik Yan juga..
Ø Membuat pertukaran pakaian dengan kawan-kawan anda. Kumpulkan baju-baju dan kasut-kasut yang tidak anda gunakan lagi di rumah dan menukarkan barang-barang tersebut dengan kawan-kawan anda. Barang-barang yang tidak mahu diambil oleh sesiapa boleh didermakan kepada badan-badan kebajikan;
aku tengah carik jugak.. tapi badan kebajikan mane ek?
Ø Menjadi tuan rumah dengan menonton wayang gambar di rumah anda. Anda boleh menonton cerita kegemaran daripada koleksi anda. Sekiranya tetamu yang datang ke rumah anda membawa bersama-sama makanan dari rumah mereka, ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke kedai untuk membeli snek.
Ø Cari satu aktiviti percuma yang boleh dilakukan seperti pergi ke muzium, membantu komuniti atau menawarkan diri untuk meluangkan masa bersama orang-orang tua atau anak-anak yatim.
meluangkan masa bersama suami dan anak2 pon salah satu aktiviti percuma..
1 comment:
dah terlewat aku baca blog ko..dah selamat duit aku pegi ke Asda beli brg2 dapur..hehehe...abih nak kena makan gakkan..
Post a Comment